Keterangan gambar yang diperolehi daripada sumber Internet bertajuk BENCI TAPI RINDU memperlihatkan mantan MB Terengganu Idris Jusoh berpelukan dengan penggantinya Ahmad
Said. Apa yang sedang berlaku sekarang di bumi Darul Iman sebaliknya menunjukkan bahawa lakonan hidup orang politik cukup hebat dan penuh dengan perasaan, mungkin itulah benci tapi rindu?.
ADUN UMNO HILANG KEPERCAYAAN
Kemelut dalaman yang sedang menghantui UMNO Terengganu sudah sampai ke kemuncak dan agak sukar untuk diselamatkan, retak sedang menunggu belah. Itulah keadaannya.
Menteri Besar pilihan Istana Terengganu Darul Iman, Datuk Ahmad Said semakin hilang kepercayaan di kalangan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari partinya sendiri.
Pucuk pimpinan UMNO semasa diketuai oleh Tun Abdullah Ahmad mencadangkan nama mantan MB Datuk Seri Idris Jusoh tetapi tidak diperkenan oleh pihak Istana.
Khabar terkini menyatakan bahawa 18 daripada 24 ADUN UMNO tidak menyokong kepimpinan Ahmad Said, iaitu majoriti ADUN UMNO. Mereka dikatakan menyokong Idris Jusoh.
DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi dan ADUN selebihnya adalah dari PAS.
Nampaknya, Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mewarisi satu lagi masalah yang ditinggalkan oleh mantan bosnya.
No comments:
Post a Comment